Ringkasan Sejarah Penubuhan

   Paras 4 untuk ke Jabatan Sejarah 
Jabatan Sejarah telah dibentuk pada bulan Mei 1970 serentak dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Matlamat penubuhan Jabatan Sejarah ialah untuk mempertingkatkan pendidikan sejarah. Buat permulaan dua bentuk program pengajaran dan pembelajaran diperkenalkan, iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Sastera (dengan Kepujian dalam Bidang Sejarah), program Pasca Siswazah (Sarjana Sastera dan Doktor Falsafah dalam Bidang Sejarah). Program pengajian pada masa itu memberi tekanan kepada Sejarah Malaysia dan para pelajar dikehendaki menjalankan kajian yang mendalam mengenai sesuatu tema atau topik dalam Sejarah Malaysia.

  Ruang Pejabat Am
Kursus-kursus 
  yang ditawarkan oleh jabatan ini meliputi aspek politik dan pentadbiran, hubungan 
  antarabangsa, ekonomi, kemasyarakatan dan budaya. Sejarah sebagai satu disiplin 
  ilmu penting telah diakui sejak dahulu dan menjadi salah satu dispilin tradisi 
  dan mempunyai kedudukan sebagai penghubung kepada Ilmu Kemanusiaan dan Sains 
  Sosial. Namun demikian, persoalan yang sering timbul dewasa kini ialah ialah 
  sejauhmana disiplin Sejarah dapat memainkan peranan secara berkesan dalam pembentukan 
  budaya ilmu dan memberikan latihan berfikir dan kemahiran- kemahiran asas khasnya 
  kepada pelajar dan masyarakat umumnya. 
  

  Ruang Pejabat Am
Jabatan Sejarah ditegur supaya menyedari dan lebih prihatin terhadap perubahan-perubahan dalam masyarakat yang kini melihat pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi harus berperanan bukan semata-mata memberi ilmu, tetapi meningkatkan keupayaan dan daya saing kepada bakal graduan-graduan mereka dalam era globalisasi yang akan memasuki alaf baru. Justeru itu, Jabatan Sejarah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi pendidikan dan kesedaran sejarah bukan sahaja dengan menyusun semula dan membentuk kursus-kursus baru, malahan juga dengan menilai semula dan mempelbagaikan program pengajaran dan pembelajaran.
Jabatan Sejarah menawarkan berbagai bentuk kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Sejarah.Penawaran berbagai kursus merupakan aset penting kepada Jabatan Sejarah, UKM untuk mencapai matlamatnya menjadi pusat pengajian sejarah yang unggul di dalam dan di luar negara, di samping berusaha meningkatan prestasi pengajaran, penyelidikan dan penerbitan di kalangan tenaga akademiknya. Dalam tugas pendidikan, Jabatan Sejarah, UKM, berazam menampilkan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat liberal, inovatif yang menjurus kepada inspirasi nasional dan keutuhan teras ilmu.
Dalam 
  tugas penyelidikan dan penerbitan, Jabatan Sejarah, UKM, berhasrat menjadi pusat 
  rujukan utama bagi sejarah Malaysia. 
  
  

  Ruang Pejabat Am 
  
OBJEKTIF
Menjadi institusi yang terus diiktiraf sebagai salah satu pusat penelitian sejarah yang terkemuka di dunia, yang memenuhi keperluan tempatan dan antarabangsa.
Dikenali sebagai institusi yang dapat mendasari dan membimbing dalam pengajaran, kesarjanaan, penyelidikan dan mengisi peluang-peluang pendidikan yang berkualiti tinggi kepada semua.
Menjadi sebuah institusi berwibawa yang membolehkan para siswazahnya mempunyai ilmu yang luas melalui aktiviti pendidikan dan kesarjaan serta menjalin hubungan persahabatan dengan universiti dan komuniti antarabangsa.

 
 
  
  B ilik Mesyuarat
  
Atas / Struktur Organisasi / Penawaran Program Pengajian / Laman Utama