PROGRAM PENGAJIAN DI JABATAN SEJARAH, UKMalaysia
Program Pengajian Peringkat Prasiswazah Pengenalan Bidang-bidang
pengajian yang ditawarkan di Jabatan Sejarah adalah mencakupi Sejarah
Ekonomi, Sosial, Politik, Pentadbiran, Arkeologi, Kebudayaan, Islam dan
Hubungan Antarabangsa. Sebahagian besar daripada bidang tersebut adalah
difokuskan kepada Malaysia dan Asia Tenggara. Namun begitu, Jabatan Sejarah
juga turut memberi perhatian kepada Sejarah Asia Barat, Asia Selatan,
Asia Timur, Sejarah Dunia dan Sejarah Eropah khususnya di peringkat pra-siswazah.
Di samping itu, Jabatan Sejarah juga turut menawarkan program pengajian
di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Dalam menawarkan bidang-bidang
pengajian tersebut, Jabatan Sejarah memberi perhatian yang serius kepada
aspek kemahiran dan penguasaan pengetahuan di kalangan para pelajamya.
Kursus-kursus yang ada sedang dibaiki berasaskan kepada prinsip transferability
dari segi kemahiran dan pengetahuan supaya setiap pelajar akan dapat menggunakan
kemahiran dan pengetahuan tersebut apabila mengikuti kursus-kursus di
Jabatan lain, ataupun mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu setelah
mereka berada dalam bidang profesion masing-masing. Sebagai salah sebuah
jabatan terawal yang wujud seiring dengan penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia, ketrampilan dan kekuatan yang dimiliki oleh Jabatan Sejarah
terserlah dalam tiga bidang utama iaitu Kajian Sejarah Malaysia, Sejarah
Lisan dan Arkeologi.
Pengajian Sejarah Malaysia dianggap mantap berlandaskan keupayaan jabatan
menyediakan tenaga pengajar yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing.
la merangkumi kepakaran dari segi tema pengajian dan juga periodisasi.
Kursus-kursus Sejarah Malaysia yang ditawarkan meliputi tema-tema penting
seperti Sejarah Politik dan Pentadbiran, Historiografi, Sejarah Ekonomi
dan Sejarah Dasar Luar. Dari aspek periodisasi pula, kursus-kursus yang
ditawarkan mencakupi zaman pra-sejarah hinggalah kepada permasalahan semasa.
Dalam bidang Sejarah Lisan pula, jabatan ini merupakan salah sebuah jabatan
di Institut Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan.
Bagi memenuhi keperluan kursus ini, sebuah makmal diperuntukkan khas dengan
kemudahan komputer dan kelengkapan audio video bagi membolehkan pelajar-pelajar
mengikuti pembelajaran dengan berkesan. Pelajar-pelajar juga dilatih secara
praktikal bagi membolehkan objektif pengenalan kursus ini tercapai. Bidang
arkeologi juga menyeriahkan ketrampilan Jabatan Sejarah kerana keupayaan
kakitangan kademik jabatan ini menjalankan penyelidikan secara berterusan
bagi menghasilkan penemuan-penemuan baru.
Jabatan juga sentiasa menjadi rujukan pihak luar yang terlibat dalam bidang
ini dengan adanya pakar-pakar arkeologi yang terkenal di samping pelbagai
tawaran untuk menjalankan penyelidikan secara usahasama termasuk di luar
negeri. Jabatan juga mempunyai makmal arkeologi untuk memudahkan kakitangan
dan pelajar-pelajar menjalankan penyelidikan dengan baik dan ini membolehkan
jabatan ini mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Kecemerlangan Jabatan Sejarah dalam bidang-bidang berkenaan meletakkan
jabatan ini sebagai salah sebuah jabatan yang dikenali oleh pelbagai pihak
sama ada di dalam atau luar negeri yang sekaligus membantu mengharumkan
nama universiti khususnya dan negara amnya.
Jabatan Sejarah menawarkan pengajian di peringkat Pascasiswazah dan Prasiswazah.
Atas / Program Prasiswazah / Program Pascasiswazah / Laman Utama