Program Pengajian Peringkat Pascasiswazah


English Translation

Kaedah Pengambilan Kursus:

5 kursus wajib (20 unit)
4 kursus pilihan bebas (16 unit)


ME5014 Seminar Kaedah Penelitian dan Penulisan Sejarah
Kursus ini mengkaji berbagai aspek kaedah penyelidikan sejarah seperti penilaian dan penggunaan sumber-sumber sejarah, ulasan buku, kaedah penulisan dan analisis sejarah. Perhatian akan diberikan kepada aspek amalan bidang sejarah.

ME5024 Seminar Pensejarahan Malaysia
Kursus ini membincangkan perkembangan penulisan sejarah Malaysia dan konsep pensejarahan tersebut, iaitu aliran pemikiran, falsafah, dan sumber sejarah.

ME5034 Seminar Pensejarahan Asia Tenggara
Kursus ini akan membincangkan perkembangan penulisan sejarah Asia Tenggara dan konsep pensejarahan tersebut, iaitu aliran pemikiran, falsafah, dan sumber sejarah.

ME5044 Seminar Pensejarahan Islam
Kursus ini membincangkan perkembangan pensejarahan Islam, konsep, falsafah serta aliran pemikiran dan sumber-sumbemya. Tumpuan adalah kepada pensejarahan Islam Madinah dan 'Iraq dan beberapa kawasan penting yang lain termasuk Mesir, Turki dan India. Contohnya: pensejarahan al-Zuhri, pensejarahan Ibn Khaldun, pensejarahan al-Iji, Kafiyaji dan pensejarahan Sakhawi.

ME 5 074 Seminar Sejarah Malaysia
Seminar ini membincangankan tentang tajuk-tajuk penting dan menarik dalam sejarah Malaysia. Tekanan diberikan kepada penggunaan dan penilaian sumber-sumber utama yang berkaitan. Seorang pelajar akan memilih dua tajuk untuk pembentangan dalam seminar.

ME5084 Seminar Sejarah Asia Tenggara
Seminar ini membincangkan tentang tajuk-tajuk penting dan menarik dalam sejarah Asia Tenggara. Tekanan diberikan kepada penggunaan dan penilaian sumber-sumber utama yang berkaitan dengan tajuk. Seorang pelajar akan memilih dua tajuk untuk pembentangan dalam seminar.

ME5094 Projek Sarjana
Setiap pelajar akan memilih tajuk kajian dengan persetujuan penyelianya. Selepas dua semester, pelajar dikehendaki menyerahkan hasil kajian yang bermutu akademik. Kursus ini adalah wajib bagi pelajar program (a).

ME5114 Seminar Arkeologi Asia Tenggara
Seminar ini membincangkan tentang tajuk-tajuk penting dan menarik dalam arkeologi Asia Tenggara. Tekanan akan diberikan kepada penggunaan dan penilaian sumber-sumber utama yang berkaitan. Seorang pelajar akan memilih dua tajuk untuk pembentangan dalam seminar.

ME5124 Seminar Arkeologi Malaysia
Seminar ini membincangkan tentang tajuk-tajuk penting dan menarik dalam arkeologi Malaysia. Tekanan akan diberikan kepada penggunaan dan penilaian sumber-sumber utama yang berkaitan. Seorang pelajar akan memilih dua tajuk untuk pembentangan dalam seminar.

ME5324 Sejarah Ekonomi Perbandingan
Tumpuan utama kursus ini ialah menganalisis bacaan terpilih yang berkaitan dengan perkembangan ekonomi dunia sejak tahun 1750. Penekanan adalah ke atas penghuraian mengenai proses dan pola pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang diantara kawasan di dunia ini.

ME5054 Zaman Terpilih dalam Sejarah Malaysia
Kursus ini akan memilih suatu tajuk atau zaman dari sejarah Malaysia untuk kajian mendalam. Contohnya, Zaman Belanda; Institusi Perajaan.

ME5064 Zaman Terpilih dalam Sejarah Asia Tenggara
Kursus ini akan memilih suatu tajuk atau zaman dari sejarah Asia Tenggara untuk kajian mendalam. Contohnya, zaman feudal di Siam ataupun Indochina dalam tahun 1950an.

ME5214 Sejarah Tempatan di Malaysia
Kursus ini akan memilih skop dan zaman pengajian sejarah tempatan di Malaysia. Tekanan akan diberikan kepada kajian dan analisis politik, sosial dan ekonomi. Contohnya, sejarah sosial Johor, sejarah kebudayaan Kelantan.

ME5224 Sejarah Ekonomi Malaysia
Kursus ini mengkaji perkembangan ekonomi Malaysia sejak merdeka. Kursus ini juga mengkaji interaksi antara ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia.

ME5234 Sejarah Sosial Malaysia
Kursus mi mengkaji sejarah sosial Malaysia sejak awal abad ke-19 dan perubahan-perubahan yang berlaku terutama dalam aspek pendidikan, budaya, masyarakat majmuk, dan kepercayaan serta pemikiran.

ME5244 Islam dan Politik di Malaysia
Kursus ini mengkaji perkembangan Islam sebagai institusi yang mempengaruhi politik di Malaysia. Isu-isu Islam yang mempengaruhi iklim politik semasa di Malaysia akan diberi perhatian.

ME5254 Zaman Terpilih dalam Sejarah Asia Timur
Kursus ini merupakan kajian secara interpretatifke atas aspek-aspek tertentu dalam sejarah Asia Timur khususnya sejarah China dan Jepun dalam abad ke 19 dan 20. Aspek-aspek penting dalam sejarah China dan Jepun seperti perubahan dalam organisasi sosial dan ekonomi, modenisasi dan perkembangan intelektual akan diberi tumpuan.

ME5264 Zaman Terpililih dalam Sejarah Asia Barat
Kursus ini membincangkan suatu tajuk khas yang dipilih pada zaman kegemilangan Islam. Tajuk ini akan dikaji secara mendalam. Contohnya: Sejarah Islam pada zaman Nabi dan Khulafa' al-Rasyidin atau Sejarah Islam di Sepanyol. Aspek-aspek yang ditekankan ialah mengenai aqidah dan tamadun.

ME 5274 Zaman Terpilih dalam Sejarah Eropah
Kursus ini akan meneliti aspek-aspek tertentu dalam sejarah Eropah berdasarkan kepada zaman-zaman tertentu yang akan ditawarkan pada satu-satu semester. Zaman-zaman tersebut ialah zaman awal, pertengahan dan moden.

ME5284 Sejarah Nasionalisme dan Negara-Bangsa diAsia Tenggara
Kursus ini mengkaji beberapa aspek penting perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara terutama peranannya dalam proses membina Negara-Bangsa di rantau ini. Pelajar diminta membuat analisis tentang kesan nasionalisme terhadap hubungan antara Asia Tenggara dan kuasa-kuasa besar.

ME5294 Sejarah Masyarakat Majmuk dan Masalahnya di Asia Tenggara
Kursus ini mengkaji sejarah sosio-ekonomi dan politik masyarakat majmuk di Asia Tenggara. Kajian analisis akan dibuat mengenai konsep yang digunakan, masalah-masalah yang timbul dalam interaksi golongan majoriti dengan golongan minoriti, masalah perpaduan negara dan lain-lain.

ME5304 Kajian Perbandingan Sistem Politik di Asia Tenggara
Kursus ini merupakan satu kajian mendalam mengenai struktur, fungsi, falsafah dan masalah-masalah yang menonjol dalam sistem politik di Asia Tenggara. Tumpuanjuga diberikan kepada perkembangan sejarah yang berbeza di rantau Asia Tenggara.

ME5314 Sejarah Hubungan Antarabangsa di Asia Tenggara
Kursus ini mengkaji hubungan dan kerjasama di antara negara-negara rantau Asia Tenggara sejak tamatnya Perang Dunia Kedua. Hubungan negara-negara Asia Tenggara dengan kuasa-kuasa besar dunia juga diberi perhatian. Tumpuan bidang adalah terhadap isu-isu keamanan, keselamatan dan dasar luar di antara negara-negara di rantau ini.

ME 5334 Komunisme di Asia Tenggara
Kursus ini mengkaji Perkembagaan Komunisme dan pergerakan parti-parti komunis di Asia Tenggara pada tempoh sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Tumpuan utama ialah ke atas hubungan antara nasionalisme dan komunisme serta strategi dan taktik parti-parti tersebut dalam melancarkan revolusi di Asia Tenggara.

ME5344 Sejarah Sesebuah Negara Asia Tenggara Kecuali Malaysia
Kursus ini menganalisis mengenai perubahan-perubahan ekonomi, sosial dan politik dengan memberi tumpuan kepada nasionalisme, revolusi, kemerdekaan dan masalah-masalah selepasnya yang dialami oleh salah sebuah negara Asia Tenggara. Negara yang dikaji bergantung kepada pengkhususan tenaga pengajar yang mengendalikan kursus ini pada setiap semester.

ME5354 Kajian Khas
Kursus ini memberi peluang kepada Jabatan untuk memperkenalkan kajian baru yang berfaedah kepada program siswazah.

ME5364 Sejarah Sosio-Ekonomi Dunia Islam
Kursus ini akan membincangkan sejarah sosio-ekonomi Dunia Islam. Tumpuan diberikan kepada sistem ekonomi dan sosial Islam. Contohnya: sistem tanah, cukai, baitui mal, masyarakat Islam dan bukan Islam.

ME5374 Sejarah Kebudayaan Asia Tenggara
Kursus ini akan mengkaji secara mendalam sejarah kebudayaan Asia Tenggara yang meliputi zaman prasejarah, pra-sejarah akhir dan protosejarah. Aspek-aspek seperti asal-usul, dan perkembangan manusia dan kebudayaan di Asia Tenggara akan diberi perhatian.

Gambar Pertemuan denggan Pelajar-pelajar Pascasiswazah


Atas / Program Prasiswazah / Laman Utama