Jabatan Sejarah
menawarkan 3 Modul
1. Sejarah Malaysia
2. Sejarah Asia
3. Arkeologi
KURSUS TERAS
ME1213 Pengantar
llmu Sejarah dan Pensejarahan
Kursus ini merupakan pengenalan kepada ilmu sejarah. Perkara yang
dibincangkan termasuklah teori dan pengertian sejarah, kaedah penyelidikan
dan konsep-konsep yang menjadi sebahagian dari ilmu tersebut. Antaranya
ialah tafsiran, fakta, persoalan objektif dan subjektif, penyelumhan dan
sababiah dalam sejarah. Selain dari itu perkembangan ilmu sejarah dan
kepentingan serta kaitannya dengan manusia, masyarakat, negara dan agama
turut dihuraikan.
Bacaan Asas
Butterfield, H. 1981. The origins of history. London: Eyre
Methuen.
Himmelfarb, I. 1987. The new and old history: critical essays and reappraisals.
Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press.
Marwick,A. 1985. The nature of history. 2nd Ed. London: MacMillan.
Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu sejarah: falsafah, pengertian dan kaedah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suntharalingam, R. 1993. Pensejarahan Barat. Ed. ke-2. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
ME1223 Penyelidikan
dan Penulisan Sejarah
Kursus ini membincangkan ciri-ciri, kaedah dan pendekatan saintifik
dalam penulisan sejarah. Turut diberi penekanan ialah tatacara dan penggunaan
sumber seperti laporan-laporan kerajaan, surat-surat peribadi dan akhbar,
ciri-ciri sejarah sebagai disiplin akademik, kategori dan dimensi sejarah
serta hubungannya dengan disiplin-disiplin ilmu lain, proses dan kaedah
penyelidikan yang khusus serta teknik dan struktur penulisan karya sejarah.
Bacaan Asas
Barzun, J. & Graff, F. G. 1970. The modern researcher: the classic
manual of all aspects of research and writing. New York: Harcourt,
Brace dan World.
Cantor, N. F. & Schneider, R. I. 1967. How to study history. Illinois:
AHM Publishing.
Nik Anuar Nik Mahmud. (pnyt.). 1999. Sejarah Malaysia melalui dokumen.
Bangi: Jabatan Sejarah, UKM. Porter, A. N. & Stockwell, A. J. 1989. British
imperial policy and decolonisation, 1938-1964. Vol. 2, 1951-64. London:
MacMillan. Tosh, J. 1984. The pursuit of history: aim, methods and
new direction in the study of modern history. London: Longman.
ME2713 Peradaban
Dunia I
Kursus ini membincangkan pertumbuhan idea dan institusi sejak zaman
awal sehingga berlaku pertembungan yang bersifat global antara tamadun
dunia pada abad ke-15. Penekanan adalah kepada kesinambungan dan perubahan
yang berlaku di dalam sesebuah tamadun. Turut ditekankan persamaan, perbezaan
serta perhubungan yang wujud antara tamadun. Tema-tema yang turut dibicarakan
ialah kebangkitan agama-agama besar, ketenteraan dan perhubungan perdagangan
antara kawasan serta pembangunan semula ekonomi dan teknologi pada permulaan
zaman moden yang mencetuskan keadaan krisis akibat perlumbaan mendapatkan
bahan mentah dan kekuasaan.
Bacaan Asas
Craig, M. A. 1994. The heritage of world civilizations. 3th
Ed. New York: MacMillan.
Maisels, C. K. 1998. Early civilizations of the Old World: formative
histories of Egypt, the Levant, Mesopotamia, India & China. New York:
Routledge.
McNeill,W.H. 1994. Kebangkitan Barat: sejarah masyarakat manusia.
Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Greaves, R. L., Zailer, R, Cannistraro, P. V. , & Murphy, R. 1993. Civilizations
of the world, the human adventure. 2nd Ed. New York: Harper Collins.
Spodek, Howard. 1998. The world's history. Volume 1: to 1500. Engelwood
Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
ME2723 Falsafah
Sejarah
Kursus ini membincangkan bentuk dan perkembangan falsafah sejarah
yang wujud di dalam pelbagai masyarakat sejak zaman klasik Eropah merentasi
zaman Kristian, China, Islam, Hindu-Buddha, Melayu dan zaman moden. Penelitian
akan dibuat terhadap sumber dan penafsiran sejarah serta pengaruh agama,
politik dan susun lapis masyarakat terhadap konsep sejarah.
Bacaan Asas
Danto, A. C. 1968. Analytical philosophy of history. London:
The Cambridge University Press.
Dray, W.H. 1964. Philosophy of history. Englewood Cliffs, New Jersey:
Prentice-Hall.
Fain,H. 1970. Between philosophy and history. Princeton. New Jersey:
Princeton University Press. Muhd.YusofIbrahim. 1991. Aspek dan perkembangan
falsafah sejarah dunia Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu sejarah: falsafah, pengertian dan kaedah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ME2733 Pengantar
Arkeologi
Kursus ini memberikan gambaran awal tentang disiplin arkeologi secara
urnum. Perbincangan akan menumpukan kepada sejarah perkembangan disiplin
ini, aliran-aliran, kaedah-kaedah penyelidikan, permasalahan utama, pengenalan
kepada sub-sub disiplin arkeologi dan konsepnya sebagai'penyelidikan multi-disiplin.
lanya juga menyentuh aspek arkeologi dan kerjaya, arkeologi dan media,
serta arkeologi dan masyarakat.
Bacaan Asas
Chang Kwan Chih. 1967. Rethinking archaeology. New York: Random
House.
Clarke, D. L. 1972. Models in archaeology. New York: Methuen.
Coles, J. 1980. Experimental archaeology. New York: Academic Press.
Daniel, G. 1967. The origins and growth of archaeology. Harmondsworth:
Penguin.
Trigger, B. G. 1989. A history of archaeological thought. Cambridge:
University Press.
ME2743 Pengantar
Sejarah Lisan dan Dokumentasi
Kursus ini membincangkan teori dan kaedah asas dalam sejarah lisan
dan teknik serta penggunaan dokumen. Aspek berkaitan penggunaan sumber
lisan sebagai sumber sejarah merangkumi testimoni, sumber kata-dengar
dan tradisi lisan dibicarakan. Masalah ketulenan dan kredibiliti teknik
sejarah lisan dan peri pentingnya kajian sejarah Malaysia turut diberi
tumpuan. Kursus ini juga membincangkan teknik menganalisis teks dan manuskrip
pilihan.
Bacaan Asas
Hooper, James. 1979. Oral history: an introduction for students.
North Carolina: University of North Carolina Press.
Shellabear, W. G. (pnyt.). 1967. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.
Thompson, P. 1978. The voice of the past. London: Oxford University
Press.
Trimo, Soejono. 1992. Pengantar ilmu dokumentasi. Bandung: PT Remaja
Rosdakarya.
Vansina, J. 1965. Oral tradition, a study in historical methodology.
London: Routledge and Kegan Paul.
ME2753 Peradaban
Dunia II
Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Peradaban Dunia I. Penumpuan
perbincangan mencakupi jangka masa abad ke 16 hingga abad ke-20. Penekanan
diberikan kepada perluasan pengaruh intelektual, teknologi serta politik
Eropah dan reaksi pihak lain terhadapnya. Topik-topik yang dibicarakan
ialah pembangunan negara-negara dinasti dan birokrasi moden, perluasan
ekonomi Eropah yang diiringi oleh perang perdagangan; pengembangan empayar
dan perdagangan hamba abdi; perkembangan dan reaksi penduduk Amerika,
Asia dan Afrika terhadap imperialisme; pertumbuhan dan keruntuhan kolonialisme;
dan peningkatan perseteruan antara corak kesetiaan dan kewibawaan tradisional
dengan sistem serta budaya nasional, rantau dan dunia menjelang abad ke-21.
Bacaan Asas
Chaudhuri, K. N. 1990. Asia before Europe: economy and civilisation
of the Indian Ocean from the rise of Islam to 1750. Cambridge: Cambridge
University Press.
Eisenstadt, S. N. (pnyt.). 1967. The decline of empires. Engelwood
Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Hourani, Albert. 1991. A history of the Arab peoples. New York:
Wamer.
Kennedy, P. 1987. The rise and fall of the great powers. New York:
Vintage.
Okoye, Mokwugo. 1978. The growth of nations. Enugu, Nigeria: Fourth
Dimension.
ME3003 Kertas
Projek
Satu jam daripada pertemuan mingguan bagi kursus ini akan dikendalikan
secara seminar yang ditumpukan kepada taklimat dan perbincangan mengenai
teknik-teknik formal yang berkaitan dengan cara-cara penyelidikan, pentafsiran,
kaedah kajian dan ciri-ciri penulisan kertas projek. Manakala dua jam
yang selebihnya akan ditumpukan kepada perundingan para pelajar.
Bacaan Asas
UKM. 1999. Panduan menulis tesis gaya UKM. Bangi: Penerbit
UKM.
ME3006 Latihan
llmiah
Satu jam daripada pertemuan mingguan bagi kursus ini akan dikendalikan
secara seminar yang ditumpukan kepada perkuliahan dan perbincangan mengenai
masalah-masalah khusus yang timbul daripada hasil-hasil penyelidikan mahasiswa.
Para mahasiswa akan diajar tentang kaedah menulis tesis secara konvensyenal,
di samping memberi pendedahan kepada teknik-teknik ilmiah dalam penyelidikan,
pentafsiran, penganalisaan dan perumusan dan juga bentuk penulisan yang
bermutu. Dua jam yang selebihnya akan dikhaskan kepada perundingan dengan
penyelia berhubung masalah-masalah berbangkit semasa proses penyelidikan
dan penulisan tesis. Kursus ini berlangsung sepanjang dua semester.
Bacaan Asas
UKM. 1999. Panduan menulis tesis gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.
KURSUS MODUL SEJARAH MALAYSIA
ME2313 Peradaban
Malaysia
Kursus ini membincangkan perkembangan peradaban Malaysia dalam tempoh
pra-Melaka. Pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu dan kaitannya
dengan tradisi-tradisi besar dunia turut dibicarakan. Perbincangan turut
menyentuh ciri perekonomian dan perdagangan maritim.
Bacaan Asas
Nik Hassan Nik Suhaimi Abdul Rahman. (pnyt.). 1998. Early Malaysia.
Singapore: Archipelago Press.
Wheatley, Paul. 1968. The golden Khersonese. Kuala Lumpur: University
Malaya Press.
Smith, R. B. & Watson, W. 1979. Early South East Asia: essay in archaeology,
history and historical geography. New York: Oxford University Press.
Wells, J. K. & Villiers, J. 1990. The Southeast Asia: port and polity.
Singapore: University Press.
Winstedt, R. 1980. The Malays, a cultural history. Revised Edition.
London: Routledge and Kegan Paul Ltd.
ME2123 Sejarah
Kesultanan Melayu
Kursus ini membincangkan aspek kesinambungan dalam peradaban Melayu
dari zaman Kesultanan Melaka sehingga abad ke 20. Antara aspek yang dibincangkan
termasuklah kewujudan beberapa kesultanan seperti Kedah, Melaka/Johor-Riau,
Patani, Brunai dan kepentingan Selat Melaka sebagai jalan perdagangan
di rantau ini. Kesan kedatangan Barat sebelum dan selepas perjanjian Inggeris
Belanda 1824 turut dibicarakan.
Bacaan Asas
Andaya, L.Y. 1987'. Kerajaan Johor 1641-1728. Terj. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hooker, V. M. 1991. Tuhfat al-Nafis: sejarah Melayu Islam. Terj.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Milner, A. C. 1982. Kerajaan: Malay political culture on the eve of
colonial rule. Tucson: The University of Arizona Press.
Reid, Anthony. 1988. Southeast Asian in the age of commerce 1450-1680.
Vol. 1. New Haven: Yale University Press.
Sharom Ahmat. 1984. Kedah: traditional and change in a Malay state:
a study of the economic and political development 1878-1923. Monograph
No. 12. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
ME3213 Sejarah
Malaysia: Kolonialisme dan Imperialisme
Kursus ini membincangkan kedatangan dan proses kolonialisasi serta
kemasukan Malaysia ke bawah kawalan kuasa-kuasa asing. Tumpuan perbincangan
bermula dari kejatuhan Melaka kepada Portugis, diikuti oleh Belanda, penaklukan
Siam ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara, perkembangan imperialisme dan
pentadbiran British, pendudukan Jepun serta proses dekolonialisasi.
Bacaan Asas
Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad. (pnyt.). 1990. Kolonialisme
di Malaysia dan negara-negara lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Emerson, R. 1937. Malaysia: a study direct and indirect rule. New
York: MacMillan.
Kratoska, P. H. 1997. The Japanese occupation of Malaya: a social and
economic history. London: Hurst.
Sandhu, K. S &Wheatley, P. W. (pnyt.). 1983. Melaka, transformation
of a Malay capital 1400-1980. Vol.1. Petaling Jaya: Oxford University
Press.
Wright, L. R. 1970. The origins of British Borneo. Hong Kong: Hong
Kong University Press.
ME3223 Sejarah
Kemasyarakatan Malaysia
Kursus ini mengkaji proses pembentukan dan perkembangan masyarakat
Malaysia sejak kurun ke-16 sehingga kini. Antara perkara-perkara pokok
yang dibincangkan ialah asas-asas ekonomi dan kemasyarakatan pribumi tradisional,
kedatangan kuasa-kuasa barat dan kesan-kesan ke atas masyarakat pribumi,
perkembangan ekonomi kapitalisme, aspek penghijrahan dan migrasi, pembentukan
masyarakat majmuk dan masalah-masalah integrasi nasional.
Bacaan Asas
Andaya, B. W. & Andaya, L. Y. 1983. Sejarah Malaysia. Terj.
Kuala Lumpur: MacMillan.
Gullick, J. M. 1978. Sistem politik bumiputra Tanah Melayu barat.
Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jagjit Singh Sidhu. 1980. Administration in the federated Malay states
1896-1920. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Jawatankuasa Kolokium. (pnyt.). 1991. Masyarakat Melayu abad ke-19.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Kay Kim. 1978. The Western Malay states 1850-1873. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.
ME3233 Sejarah
Pembinaan Negara Bangsa Di Malaysia
Kursus ini membincangkan usaha dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia
dalam bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan semenjak tahun 1900.
Di antara tajuk-tajuk yang akan dikaji ialah kebangkitan-nasionalisme,
Pendudukan Jepun, Malayan Union, darurat, perkembangan parti-parti politik,
perlembagaan, kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, pembentukan Malaysia
dan usaha-usaha integrasi wilayah.
Bacaan Asas
Means, Gordon P. 1985. Malaysian politics, the second generation.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Ghazali Shafie. 1997. Memoir on the formation of Malaysia. Bangi:
Penerbit UKM.
Ongkili.J.P. 1985. Nation-building in Malaysia 1946-1974. Singapore:
Oxford University Press.
Ratnam, K. J. 1965. Communalism and political process in Malaya.
Kuala Lumpur: Oxford University Press. Roff,
W. R. 1975. Nasionalisme Melayu. Terj. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
ME3243 Sejarah Hubungan
Luar Malaysia
Kursus ini menumpukan perhatian terhadap pembentukan dan perjalanan Dasar
Luar Malaysia serta interaksi negara ini dengan dunia luar semenjak merdeka
(1957). Antara isu-isu yang dibicarakan ialah perhubungan dengan Britain
dan negara-negara Komanwel, penglibatan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, Kerantauan dan Perkecualian Asia Tenggara, isu-isu pertahanan
dan keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta kerjasama antarabangsa
dan diplomasi. Pelajar didedahkan dengan pendekatan sejarah diplomatik
serta latihan menggunakan dokumen.
Bacaan Asas
Abdullah Ahmad. 1987. Tengku Abdul Rahman dan dasar luar Malaysia,
1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Mohd Samsudin. 1995. Kajian dasar luar Malaysia: penglibatan pertahanan
dan keselamatan negara-negara Komanwel di Malaysia (1957-1971). Bangi:
FSKK, UKM.
Ghazali Shafie. 1997. Memoir on the formation of Malaysia. Bangi:
Penerbit UKM.
Saravanamuttu, J. 1983. The dilemma of independence: two decades of
Malaysia's foreign policy, 1957-1977. PulauPinang: Penerbit USM.
Sodhy,P. 1991. The US-Malaysia nexus. Kuala Lumpur: ISIS, Malaysia.
ME3653 Sejarah Ekonomi Pembangunan Malaysia
Kursus ini mengkaji proses transformasi ekonomi pra-kapitalis di Malaysia
kepada bentuk ekonomi kapitalis. Tumpuan utama kepada isu-isu berkaitan
dengan ekonomi kolonial dan asal-usul keadaan kurang pembangunan, imperialisme
ekonomi, pembangunan tidak setara dan dasar nasionalisme ekonomi, perancangan
pembangunan dan industrialisasi, liberalisasi dan denasionalisasi serta
globalisasi dalam ekonomi Malaysia.
Bacaan Asas
Bowie, Alasdair. 1991. Crossing the industrial divide: state, society,
and the politics of economic transformation in Malaysia. New York:
Colombia University Press.
Modul Sejarah Asia ME2763 Peradaban Asia
Kursus ini merupakan latar belakang kepada sejarah pembentukan kerajaan-kerajaan
utama di Asia sejak pertumbuhan tamadun-tamadun awal sehinggalah abad
ke 10. Skop perbincangan meliputi perkembangan peradaban Hindu, Islam
dan Confucian dan meneliti proses perkembangan dan integrasi antara tamadun-tamadun
tersebut. Tema-tema yang dibincangkan ialah pembentukan institusi politik,
ekonomi, sosial, kemajuan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan perdagangan.
Bacaan Asas
Bames, G. L. 1999. The rise of civilization in East Asia: the archaeology
of China, Korea and Japan. New York:
Thomes & Hudson. Chaudhuri, K. N. 1990. Asia before Europe: economy
and civilization of the Indian Ocean from the Rise of Islam to 1750.
Cambridge: Cambridge University Press.
Jurgi Zaydan. 1978. History ofIslamic civilization. New Delhi:
Kitab Bhavan.
Kosambi, D. D. 1990. Ancient India: a history of its culture and civilization.
New Delhi: South Asia.
Meskill,J.T. 1973. An introduction to Chinese civilization. Lexington:
D. C. Heath.
ME2813 Sejarah Asia Tenggara I
Kursus ini membincangkan sejarah Asia Tenggara bermula dari zaman pembentukan
kerajaan-kerajaan klasik hingga waktu ketibaan kuasa-kuasa barat. Tumpuan
utama diberikan kepada pembentukan, perkembangan dan kemerosotan pemerintahan
tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat. Aspek-aspek kemasyarakatan,
bentuk kepercayaan dan budaya tradisional serta kesan pengaruh luar turut
ditelaah.
Bacaan Asas
Chandler, D. P. 1984. History of Cambodia. Boulder: Westview Press.
Coedes, G. 1966. The making of Southeast Asia. London: Routledge
and Kegan Paul.
Devillers, P. 1988. Sejarah Indo-China moden: perkembangan sosio- politik
hingga abad ke-20. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Groslier, B. P. 1970. Indochina. Terj. London: Barrie and Jenkins.
Smith, R. B. & Watson, W. (pnyt.). 1979. Early South East Asia.
New York: Oxford University Press.
Wolters, 0. W. 1982. History, culture and religion in Southeast Asian
perspectives. Singapore: ISEAS.
ME3813 Sejarah Asia Tenggara II
Kursus ini akan membincangkan sejarah Asia Tenggara bermula dengan kedatangan
barat pada abad ke-16 sehingga kemerdekaan. Tumpuan akan diberi kepada
kesan pertembungan di antara kuasa-kuasa barat dengan kuasa-kuasa tempatan
terutama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Kemasukan Jepun, kemunculan
semangat kebangsaan dan kemerdekaan serta usaha-usaha pembangunan negara
bangsa juga akan disentuh.
Bacaan Asas
Steinberg, D. J. 1971. In search of Southeast Asia: a modern history.
Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Kahin, G. M. 1964. Government and politics of Southeast Asia. Ithaca:
Comell University Press.
Christie, C. J. 1996. A modern history of Southeast Asia. London:
I. B. Tauris Publsihers.
Bastin, J. & Benda, H. S. 1968. A history of modern Southeast Asia:
colonialism, nationalism and decolonialism. Kuala Lumpur: Federal
Publication.
Reid, A. 1988. Southeast Asian in the age of commerce 1450-1680. Vol.
I: The lands below the winds. New Haven: Yale University Press.
ME3823 Sejarah AsiaTimur I
Kursus ini membincangkan perkembangan politik dan sosio-ekonomi Asia Timur
sebelum zaman moden. Penelitian bermula dari zaman kemunculan kerajaan
kemaharajaan awal di China, kebangkitan pemerintahan Shogun di Jepun dan
zaman-zamari Empayar Yi, Tiga Kerajaan dan dinasti Koryo di Korea. Tema-tema
utama yang dihuraikan ialah sistem-sistem kepercayaan dan ekonomi, bentuk-bentuk
budaya, masyarakat dan kerajaan serta tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa
yang mempunyai kesan besar dan berpanjangan dalam peradaban Asia Timur.
Bacaan Asas
Creel, H.G. 1970. The origins of statecraft in China. Chicago:
University of Chicago Press.
Duus, P. 1975. Feudalism in Japan. 2nd Ed. New York: Alfred A.
Knopf.
Ebrey, P. B. (pnyt.). 1981. Chinese civilization and society: a sourcebook.
New York: The Free Press.
Lee, P. H. (pnyt.). 1993. Sourcebook of Korean civilisation. Vol. 1:
From early times to the sixteenth century. New York: Columbia University
Press.
Schirokauer, Conrad. 1989. A brief history of Chinese and Japanese
civilizations. 2nd Ed. San Diego: Harcourt Brace Jovanovich.
ME3833 Sejarah AsiaTimur II
Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Sejarah Asia Timur I. Penumpuan
perbincangan adalah ke atas China, Jepun dan Korea selepas hegemoni barat,
sehinggalah 1990-an. Fokus kursus adalah mencakupi aspek politik, ekonomi
dan sosiobudaya China-Jepun dan Korea. Antara tema-tema yang ditekankan
ialah ciri-ciri modenisasi masyarakat, imperialisme, kolonialisme dan
nasionalisme serta pembangunan ekonomi perindustrian di negara-negara
tersebut selepas Perang Dunia Kedua.
Bacaan Asas
Clyde, P. H. & Beers. 1975. The Far East: a history of Western impact
and Eastern response, 1830-1973. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice
Hall.
Fairbank, J. K., Reischauer, E. 0. & Craig, A. M. 1973. East Asia:
tradition and transformation. Boston: Houghton Mifflin. Fallows, J.
1995. Looking at the sun: the rise of the new East Asian economic and
political system. New York: Vintage.
Hoffheinz, Jr. R. & Calder, K. E. 1982. The East Asia edge. New
York: Basic Book.
Hugh, H. (pnyt.). 1988. Achieving industrialization in East Asia.
Cambridge: Cambridge University Press.
ME3843 Sejarah Asia Selatan
Kursus ini membincangkan keadaan politik dan sosio-ekonomi di Asia Selatan
sejak abad ke tujuh hingga zaman selepas merdeka. Antara negara-negara
yang dikaji adalah India, Pakistan dan Bangladesh. Tema-tema yang dibincangkan
ialah perkembangan kebudayaan India sebelum dan selepas Islam, kedatangan
pengaruh Barat, nasionalisme, gerakan pemisahan dan kemerdekaan serta
pembangunan ekonomi dan politik selepas kemerdekaan.
Bacaan Asas
Basham, A. L. 1988. The wonder that was India. London: Sidgwick
and Jackson.
Brown, J. M. 1990. Modern India: .the origins of an Asian democracy.
Oxford: Oxford University Press.
Moore, R. 1979. Tradition and politics in South Asia. New Delhi:
Vikas Publishing.
Norman, Omar. 1990. Pakistan: political and economic history since
1947. London: Kegan Paul International.
Stein, Burton. 1998. A history of India. London: Blackwell Publication.
ME3783 Sejarah Asia Barat
Kursus ini akan membincangkan perkembangan masyarakat di Asia Barat sebelum
dan selepas kedatangan Islam. Tumpuan kajian ialah bagaimana peranan Islam
dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat Arab di pelbagai aspek seperti
pendidikan, ekonomi, politik dan pentadbiran serta kesenian. Proses pengaliran
tamadun Islam ke barat juga akan ditekankan.
Bacaan Asas
Arnold, T.W. 1965. Caliphate. London: Routledge and Kegan Paul.
Brokelman.C. 1960. History of the Islamic people. New York: Capricon.
Hitti, K.P.I 970. History of the Arabs. New York: St. Martins Press.
Lewis, B. 1950. The Arab in history. London: Hutchinson University
Library.
Shaban, M. A. 1970. Abbasid revolution. Cambridge: Cambridge University
Press.
ME3773 Pensejarahan Asia
Kursus ini akan membincangkan perkembangan perisejarahan Asia dari awal
kurun ke 18 hingga kurun ke 20. Kursus ini akan membekalkan satu gambaran
luas kepada para pelajar mengenai evolusi pensejarahan di India, China,
dan Jepun. Perhatian penting juga akan diberikan kepada Asia Tenggara
yang memiliki pensejarahannya yang tersendiri. Antara tema yang akan dibincangkan
dalam kursus ini ialah sumber sejarah, kaedah penulisan sejarah dan permasalahan
penzamanan dan pendekatan.
Bacaan Asas
Bentley, M. (pnyt.) 1997. Companion to historiography. London:
Routledge.
Cowan, C. D. (pnyt.) 1995. Southeast Asian history and historiography.
Ithaca: Comell University Press.
DanMarr,D. (pnyt.). 1979. Perceptions of the past in Southeast Asia.
Kuala Lumpur: Heinemann.
Gaur, A. 1979. Writing materials of the East. London: The British
Library.
Majumdar, R. C. 1979. India and Southeast Asia. Delhi: B. R. Publishing.
Woolf, D. R. (pnyt.). 1998. Global encyclopedia of historical writing.
Vol. 1 & 11. New York: Garland.
KURSUS MODUL ARKEOLOGI
ME2913 Latihan Amali Arkeologi
Kursus ini menekankan tentang latihan amali di tapak arkeologi, di muzium
dan di makmal arkeologi. Di lapangan, pelajar-pelajar dilatih dalam kerja-kerja
membuat peta, survei, menyediakan petak percubaan, diikuti dengan menggali
petak percubaan tersebut. Semasa galicari dijalankan, pelajar-pelajar
akan membuat catatan dan membasuh artifak. Di muzium, pelajar-pelajar
didedahkan kepada kaedah merekod dan menyimpan artifak manakala di makmal
arkeologi, pelajar dikehendaki menganalisa dan menulis laporan.
Bacaan Asas
Aviram, Joseph, (pnyt.). 1996. Archaeology's publication problem.
New York: Biblical Archaeology Society.
Dorrell, Peter G. 1995. Photography in archaeology and conservation.
Cambridge: Cambridge University Press.
Kingery, W. David, (pnyt.). 1998. Learning from things: method and
theory of material culture studies. Washington: Smithsonian Institution
Press.
May, Katherine. 1998. Imaging the ancient. Michigan: University
of Pennsylvania Musuem Babylonian.
Vitelli, Karen D. (pnyt.). 1996. Archaeological ethics. Washington:
Altamira Press.
ME2923 Teori dan Interpretasi Arkeologi
Kursus ini mendedahkan para pelajar dengan aspek teori dan amali dalam
perancangan dan perlaksanaan projek galicari arkeologi. lanya menyentuh
aspek tinjauan primer dan sekunder, teknik galicari, pemetaan, ilustrasi,
fotografi, analisis data dan penghasilan laporan.
Bacaan Asas
Alexander, J. 1970. The directing of archaeological excavations.
London: John Baker.
Barker, P. 1972. Techniques of archaeological excavation. London:
B. T. Batsford.
Grinsell, L. 1974. The preparation of archaeological reports. London:
MacMillan.
Joukowsky, M. 1980. A complete manual of field archaeology. Englewood
Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. Lamberg-
Karlovsky, C. C. (pnyt.). 1991. Archaeological thought in America.
Cambridge: Cambridge University Press.
ME3913 Pengenalan Arkeologi Maritim
Kursus ini memperkenalkan sub-disiplin arkeologi maritim dari segi definisi
serta perbandingannya dengan arkeologi daratan dan subdisiplin lain seumpama
dengannya. Perkembangan arkeologi maritim dan bidang yang berkaitan dengan
teori, praktik dan potensinya turut dibincangkan. Peranan sumber-sumber
dalam arkeologi maritim yang merangkumi peninggalan fizikal, landskap
dan budaya sebagai alat interpretasi juga diketengahkan. Aspek perundangan
dan etika juga akan disentuh secara urnum melalui kajian kes dan isu.
Bacaan Asas
Bass,G. 1966. Archaeology underwater. London: Thames and Hudson.
Dean, M. dll. (pnyt.). 1992. Archaeology underwater, the NAS guide
to principles and practise. London: Nautical Archaeology Society.
Greenhill, Basil & Morrision, J. (pnyt.). 1996. Archaeology of boats
and ships. Washington: Naval Institute Press.
Muckelroy, K. 1978. Maritime archaeology. Cambridge: Cambridge
University Press.
Unesco. 1972. Underwater archaeology: a nascent discipline. Paris:
UNESCO.
ME3923 Pengurusan Sumber Budaya
Kursus ini membincangkan objektif, latar belakang undang-undang, masalah
operasi dan etika dalam pengurusan warisan prasejarah dan sejarah. lanya
akan menyentuh aspek perancangan, perlaksanaan, pemuliharaan, penyelamatan,
pengkomersialan budaya dan industri arkeo-pelancongan. Perbandingan pengurusan
juga akan di buat antara negara-negara di Asia Tenggara dan Amerika Syarikat.
Bacaan Asas
Cleere, H. (pnyt.). 1984. Approaches to the archaeological heritage:
a comparative study of world cultural resourse management systems.
Cambridge: Cambridge University Press.
Harrison, R. (pnyt.). 1995. Manual of heritage management. Butterworth:
Butterworth-Heinemann.
Hutt, S., Jones, E. W. & McAllister, M. E. (pnyt.). 1995. Archeological
resource protection. Washington: Altamira Press.
Hunter, J. & Ralston, I. (pnyt.). 1997. Archaeological resource management
in the UK: an introduction. London: Sutton Publishing.
Kerber, J. E. (pnyt.). 1994. Cultural resource management. Washington:
Bergin & Garvey.
ME3933 Arkeologi Malaysia
Kursus ini membicarakan tentang perkembangan zaman prasejarah dan protosejarah
di Malaysia. Pelbagai aspek arkeologi akan diketengahkan seperti sejarah
penyelidikan, kegiatan penyelidikan, tokoh yang terlibat, jumpaan terbaru
dan kesannya ke atas perkembangan kebudayaan di Malaysia.
Bacaan Asas
Adi Hj. Taha. 1985. The re-excavation of the rockshelter of Gua Cha, Ulu
Kelantan, West Malaysia. Federal Museum Journal. Vol. 30.
Bellwood, P. 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago.
Revised edition. Honolulu: University of Hawaii Press.
Dunn, F. L. 1975. Rainforest collectors and traders. MBRAS Monograph
No. 5.
Smith, R. B. & Watson, W. (pnyt.). 1979. Early South East Asia.
New York: Oxford University Press.
Zuraina Majid, 1982. The West Mouth, Niah in the prehistory of Southeast
Asia. Sarawak Museum Journal. Vol. 31. Special Issue No. 3.
ME3943 Arkeologi AsiaTenggara
Kursus ini membincangkan perkembangan budaya prasejarah dan proto sejarah
di Asia Tenggara. Masalah dan pendekatan dalam kajian prasejarah dan proto
sejarah turut dibincangkan. Kegiatan penyelidikan arkeologi terkini diketengahkan
untuk mendapatkan gambaran terbaharu tentang perkembangan arkeologi di
Asia Tenggara.
Bacaan Asas
Bellwood, P. 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago.
Revised edition. Honolulu: University of Hawaii Press.
Coedes,G. 1970. The Indianized states of Southeast Asia. Kuala
Lumpur: University of Malaya Press.
Glover, I., Suchitta, P. dan Villiers, J. (pnyt.). 1992. Early metallurgy,
trade and urban, centres in Thailand and Southeast Asia. Bangkok:
White Lotus.
Higham. C. 1989. The archaeology of mainland Southeast Asia. Cambridge:
Cambridge University Press.
Higham. C. 1996. The bronze age of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge
University Press.
ME3953 Arkeologi Tamadun-Tamadun Agung
Kursus ini mengkaji perkembangan tamadun dan budaya di beberapa buah kawasan
seperti Timur Tengah, Eropah atau Amerika Selatan. Antara tamadun yang
akan dikaji ialah Maya, Aztec, Mesir, Harappa, Babylon dan sebagainya.
Penyelidikan arkeologi terbaru dan jumpaan terkini turut dibincangkan.
Bacaan Asas
Bruhns, K. 0. 1994. Ancient South America. Cambridge: Cambridge
University Press.
Enrich, R.W. (pnyt.). 1992. Chronologies in old world archaeology.
Vol. 3th Ed.Chicago: University of Chicago Press.
Insoll, T. 1999. The archaeology of Islam. New York: Blackwell
Publishing.
Shaw, T., Sinclair, P., Andah, B. & Okpoko, A. (pnyt.). 1993. The archaeology
of Africa. New York: Routledge.
Midant-Reynes&Midant-Reynes,B.(pnyt.). 1999. Prehistory of Egypt: from
the first Egypt. New York: Blackwell Publisher.
Shaw, Stanford. 1976. History of Ottoman empire 1280-1808. London:
Cambridge University Press.
Spuler, Bertold. 1971. The Muslim world: a historical survey. 2nd
Ed. New Jersey: Humanities.
KURSUS ELEKTIF
ME3873 Sejarah Eropah
Kursus ini membincangkan sejarah Eropah dari zaman Penengahan sehingga
berakhimya orde Perang Dingin. Antara tema penting yang dihuraikan ialah
reformasi dan pergelutan agama, pembinaan negara-bangsa, revolusi industri,
penjajahan dan kolonialisasi Eropah, kebangkitan Prussia dan Rusia, Revolusi
Perancis, Perang Dunia I dan II, serta Perang Dingin. Turut dibincangkan
transformasi struktur politik, ekonomi dan sosial Eropah selepas kejatuhan
Komunisme.
Bacaan Asas
Chambers, M. 1995. The Western experience: from the renaissance to
the modern era. New York: McGraw Hill.
Dupra, G., Parker, N. dan Rieu, A-M. (pnyt.). 1995. European democratic
culture. London: Routledge.
Gowland,D.A.,OiNell,B.C.&Reid,A.L.(pnyt.). 1995. The European mosaic:
contemporary politics, economics, and culture. London: Longman.
Kennedy, P. 1994. Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar: perusahaan
ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Qasim Ahmad. 1997. Eropah moden: arus sosiopolitik dan pemerintahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ME3853 Sejarah Amerika Syarikat
Kursus ini mengkaji sejarah pembentukan dan perkembangan Amerika Syarikat
dari sebuah koloni menjadi sebuah kuasa besar dunia. Aspek yang ditekankan
merangkumi politik, perlembagaan, perang, sosial dan ekonomi. Isu lain
yang turut dikaji ialah masalah perkauman, perubahan dasar diplomasi serta
pengaruh dalam dunia antarabangsa.
Bacaan Asas
Bums, J. M. 1963. Roosevelt: the lion and the fox. New York: Harcourt
Brace and World.
Evana, Harold. 1998. The American century. New York: Alfred A.
Knopf.
Leuchtenburg, W. E. 1968. The New Deal: a documentary history.
New York: Harper Torchbooks.
Link, Athur S. 1963. Woodrow Wilson and the progressive era. New
York: Harper Torchbooks.
Plesur, Wilton, (pnyt.). 1969. The 1920's: problems and paradoxes.
Boston: Allyn and Bacon.
Atas / Kursus / Taburan Kursus / Laman Utama