PENAWARAN KURSUS-KURSUS MENGIKUT PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN SEJARAH PERINGKAT PRASISWAZAH
Kursus-kursus
yang ditawarkan di Jabatan Sejarah, UKM adalah diyakini dapat memberi pengetahuan
dan kefahaman sejarah yang sangat berguna dalam semua bidang kehidupan termasuk
dalam proses pengubalan dan membuat keputusan. Pengetahuan masa lalu boleh membantu
dalam menganalisis peristiwa-peristiwa kotemporari dan arah tuju dalam bidang
perdagangan dan perniagaan juga perkhidmatan. Pengalaman masa lalu
boleh memberi panduan membuat resolusi mengenai masalah masa kini dan membaiki
mutu pengurusan.
Penawaran
kursus-kursus di Jabatan Sejarah, UKM lebih bermatlamatkan bagi memberikan kemahiran
pemikiran kritis dan keupayaan menjalankan penyelidikan dokumentari yang boleh
membantu seseorang atau sesuatu masyarakat membuat penilaian mengenai pencapaian
mereka dan juga memupuk minat dan tingkah laku masyarakat dan kerajaan.
Kursus-kursus
yang ditawarkan di Jabatan Sejarah, UKM juga boleh membantu pelajar yang mengikut
pengajian disiplin-disiplin lain seperti undang-undang, kewartawan, pendidikan,
media (radio, perfileman dan television), perpustakaan dan kearkiban, dan kerja-kerja
muzium, pengurusan, perniagaan dan lain-lain. Kursus-kursus yang ditawarkan
di Jabatan Sejarah, UKM juga memberi kelebihan-kelebihan kepada pelajar yang
ingin memajukan kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan terutama sebagai pegawai
pentadbiran dan diplomatik dan juga berkerja dengan kerajaan-kerajaan negeri
dan tempatan.
Kursus-kursus yang dirangka menggalakkan pelajar untuk membuat investigasi mengenai masa lalu dalam proses pembelajaran dan pendidikan dengan memberikan tekanan kepada pemikiran, penulisan dan keupayaan membuat sinthesis. Pihak Jabatan Sejarah, UKM juga menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengambil kursus-kursus minor atau elektif daripada disiplin-disiplin lain bergantung kepada minat dan yang boleh memantapkan lagi pengajian mereka di dalam disiplin Sejarah umumnya.
Struktur Penawaran Kursus Mengikut Program
Kursus-Kursus Wajib Jabatan Bagi Semua Program |
||
ME 1213: Pengantar Ilmu
Sejarah dan Pensejarahan
ME 1223: Penyelidikan
dan Penulisan Sejarah
ME 2713: Peradaban Dunia
I
ME 2723: Falsafah Sejarah
ME 2733: Pengantar Arkeologi
ME 2753: Pengantar Sejarah
Lisan dan Dokumentasi
ME 2753: Peradaban Dunia
II
ME 3006: Latihan Ilmiah ME 3003: Kertas Projek |
||
KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN PROGRAM-PROGRAM |
||
Program Sejarah Malaysia |
Program Sejarah Asia |
Program Arkeologi |
ME 2123:
Sejarah Kesultanan Melayu. ME 3213:
Sejarah Malaysia: Kolonialisme & Imperialisme. ME 3223:
Sejarah Kemasyarakatan Malaysia. ME 3233:
Sejarah Pembinaan Negara Bangsa di Malaysia. ME 3243:
Sejarah Hubungan Luar Malaysia. ME 3653:
Sejarah Ekonomi pembangunan Malaysia. ME 3663:
Pensejarahan Malaysia. |
ME 2763:
Peradaban Asia. ME 2813:
Sejarah Asia Tenggara I. ME 3813:
Sejarah Asia Tenggara II. ME 3823:
Sejarah Asia Timur I. ME 3833:
Sejarah Asia Timur II. ME 3843:
Sejarah Asia Selatan. ME 3783: Sejarah Asia Barat. ME 3773:
Pensejarah Asia.
|
ME 2913:
Latihan Amali Arkeologi. ME 2923:
Teori dan Interpretasi Arkeologi. ME 3913:
Pengenalan Arkeologi Maritim. ME 3923:
Pengurusan Sumber Budaya. ME 3933:
Arkeologi Malaysia. ME 3943:
Arkeologi Asia Tenggara. ME 3953: Arkeologi Tamadun-Tamadun Agung. ME 3963:
Arkeologi Maritim. |
Jumlah unit keseluruhan = 51 |
Jumlah unit keseluruhan = 51 |
Jumlah unit keseluruhan = 51 |