PENAWARAN KURSUS-KURSUS MENGIKUT PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN SEJARAH PERINGKAT PRASISWAZAH


Kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Sejarah, UKM adalah diyakini dapat memberi pengetahuan dan kefahaman sejarah yang sangat berguna dalam semua bidang kehidupan termasuk dalam proses pengubalan dan membuat keputusan. Pengetahuan masa lalu boleh membantu dalam menganalisis peristiwa-peristiwa kotemporari dan arah tuju dalam bidang perdagangan dan perniagaan  juga perkhidmatan. Pengalaman masa lalu boleh memberi panduan membuat resolusi mengenai masalah masa kini dan membaiki mutu pengurusan.

Penawaran kursus-kursus di Jabatan Sejarah, UKM lebih bermatlamatkan bagi memberikan kemahiran pemikiran kritis dan keupayaan menjalankan penyelidikan dokumentari yang boleh membantu seseorang atau sesuatu masyarakat membuat penilaian mengenai pencapaian mereka dan juga memupuk minat dan tingkah  laku masyarakat dan kerajaan.

Kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Sejarah, UKM juga boleh membantu pelajar yang mengikut pengajian disiplin-disiplin lain seperti undang-undang, kewartawan, pendidikan, media (radio, perfileman dan television), perpustakaan dan kearkiban, dan kerja-kerja muzium, pengurusan, perniagaan dan lain-lain. Kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Sejarah, UKM juga memberi kelebihan-kelebihan kepada pelajar yang ingin memajukan kerjaya dalam perkhidmatan kerajaan terutama sebagai pegawai pentadbiran dan diplomatik dan juga berkerja dengan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan.

Kursus-kursus yang dirangka menggalakkan pelajar untuk membuat investigasi mengenai masa lalu dalam proses pembelajaran dan pendidikan dengan memberikan tekanan kepada pemikiran, penulisan dan keupayaan membuat sinthesis. Pihak Jabatan Sejarah, UKM juga menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengambil kursus-kursus minor atau elektif daripada disiplin-disiplin lain bergantung kepada minat dan yang boleh memantapkan lagi pengajian mereka di dalam disiplin Sejarah umumnya.


Struktur Penawaran Kursus Mengikut Program

Kursus-Kursus Wajib Jabatan Bagi Semua Program

ME 1213: Pengantar Ilmu Sejarah dan Pensejarahan

ME 1223: Penyelidikan dan Penulisan Sejarah

ME 2713: Peradaban Dunia I

ME 2723: Falsafah Sejarah

ME 2733: Pengantar Arkeologi

ME 2753: Pengantar Sejarah Lisan dan Dokumentasi

ME 2753: Peradaban Dunia II

ME 3006: Latihan Ilmiah
atau
ME 3003: Kertas Projek plus ME 3853: Sejarah Amerika Syarikat
atau ME 3863: Sejarah Dunia Islam atau ME 3873: Sejarah Eropah

KURSUS-KURSUS PENGKHUSUSAN PROGRAM-PROGRAM

Program Sejarah Malaysia

Program Sejarah Asia

Program Arkeologi


ME 2313: Peradaban Malaysia.

ME 2123: Sejarah Kesultanan Melayu.

ME 3213: Sejarah Malaysia: Kolonialisme & Imperialisme.

ME 3223: Sejarah Kemasyarakatan Malaysia.

ME 3233: Sejarah Pembinaan Negara Bangsa di Malaysia.

ME 3243: Sejarah Hubungan Luar Malaysia.

ME 3653: Sejarah Ekonomi pembangunan Malaysia.

ME 3663: Pensejarahan Malaysia.

ME 2763: Peradaban Asia.

ME 2813: Sejarah Asia Tenggara I.

ME 3813: Sejarah Asia Tenggara II.

ME 3823: Sejarah Asia Timur I.

ME 3833: Sejarah Asia Timur II.

ME 3843: Sejarah Asia Selatan.

ME 3783: Sejarah Asia Barat.

ME 3773: Pensejarah Asia.


ME 2913: Latihan Amali Arkeologi.

ME 2923: Teori dan Interpretasi Arkeologi.

ME 3913: Pengenalan Arkeologi Maritim.

ME 3923: Pengurusan Sumber Budaya.

ME 3933: Arkeologi Malaysia.

ME 3943: Arkeologi Asia Tenggara.

ME 3953: Arkeologi Tamadun-Tamadun Agung.

ME 3963: Arkeologi Maritim.

Jumlah unit keseluruhan = 51

Jumlah unit keseluruhan = 51

Jumlah unit keseluruhan = 51

Atas /Taburan Kursus / Penawaran Program / Laman Utama