Program Pengajian Peringkat Prasiswazah

Jabatan Sejarah menawarkan 3 Modul

1. Sejarah Malaysia
2. Sejarah Asia
3. Arkeologi


Berikut adalah abstrak untuk setiap kursus yang ditawarkan, meliputi kursus teras (wajib) dan kursus-kursus pengkhusuan dalam bidang (modul) yang diikuti oleh setiap pelajar.

KURSUS TERAS


ME1213 Pengantar llmu Sejarah dan Pensejarahan
Kursus ini merupakan pengenalan kepada ilmu sejarah. Perkara yang dibincangkan termasuklah teori dan pengertian sejarah, kaedah penyelidikan dan konsep-konsep yang menjadi sebahagian dari ilmu tersebut. Antaranya ialah tafsiran, fakta, persoalan objektif dan subjektif, penyelumhan dan sababiah dalam sejarah. Selain dari itu perkembangan ilmu sejarah dan kepentingan serta kaitannya dengan manusia, masyarakat, negara dan agama turut dihuraikan.

Bacaan Asas
Butterfield, H. 1981. The origins of history. London: Eyre Methuen.
Himmelfarb, I. 1987. The new and old history: critical essays and reappraisals. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press.
Marwick,A. 1985. The nature of history. 2nd Ed. London: MacMillan.
Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu sejarah: falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suntharalingam, R. 1993. Pensejarahan Barat. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

 

ME1223 Penyelidikan dan Penulisan Sejarah
Kursus ini membincangkan ciri-ciri, kaedah dan pendekatan saintifik dalam penulisan sejarah. Turut diberi penekanan ialah tatacara dan penggunaan sumber seperti laporan-laporan kerajaan, surat-surat peribadi dan akhbar, ciri-ciri sejarah sebagai disiplin akademik, kategori dan dimensi sejarah serta hubungannya dengan disiplin-disiplin ilmu lain, proses dan kaedah penyelidikan yang khusus serta teknik dan struktur penulisan karya sejarah.

Bacaan Asas
Barzun, J. & Graff, F. G. 1970. The modern researcher: the classic manual of all aspects of research and writing. New York: Harcourt, Brace dan World.
Cantor, N. F. & Schneider, R. I. 1967. How to study history. Illinois: AHM Publishing.
Nik Anuar Nik Mahmud. (pnyt.). 1999. Sejarah Malaysia melalui dokumen. Bangi: Jabatan Sejarah, UKM. Porter, A. N. & Stockwell, A. J. 1989. British imperial policy and decolonisation, 1938-1964. Vol. 2, 1951-64. London: MacMillan. Tosh, J. 1984. The pursuit of history: aim, methods and new direction in the study of modern history. London: Longman.

 

ME2713 Peradaban Dunia I
Kursus ini membincangkan pertumbuhan idea dan institusi sejak zaman awal sehingga berlaku pertembungan yang bersifat global antara tamadun dunia pada abad ke-15. Penekanan adalah kepada kesinambungan dan perubahan yang berlaku di dalam sesebuah tamadun. Turut ditekankan persamaan, perbezaan serta perhubungan yang wujud antara tamadun. Tema-tema yang turut dibicarakan ialah kebangkitan agama-agama besar, ketenteraan dan perhubungan perdagangan antara kawasan serta pembangunan semula ekonomi dan teknologi pada permulaan zaman moden yang mencetuskan keadaan krisis akibat perlumbaan mendapatkan bahan mentah dan kekuasaan.

Bacaan Asas
Craig, M. A. 1994. The heritage of world civilizations. 3th Ed. New York: MacMillan.
Maisels, C. K. 1998. Early civilizations of the Old World: formative histories of Egypt, the Levant, Mesopotamia, India & China. New York: Routledge.
McNeill,W.H. 1994. Kebangkitan Barat: sejarah masyarakat manusia. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Greaves, R. L., Zailer, R, Cannistraro, P. V. , & Murphy, R. 1993. Civilizations of the world, the human adventure. 2nd Ed. New York: Harper Collins.
Spodek, Howard. 1998. The world's history. Volume 1: to 1500. Engelwood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

 

ME2723 Falsafah Sejarah
Kursus ini membincangkan bentuk dan perkembangan falsafah sejarah yang wujud di dalam pelbagai masyarakat sejak zaman klasik Eropah merentasi zaman Kristian, China, Islam, Hindu-Buddha, Melayu dan zaman moden. Penelitian akan dibuat terhadap sumber dan penafsiran sejarah serta pengaruh agama, politik dan susun lapis masyarakat terhadap konsep sejarah.

Bacaan Asas
Danto, A. C. 1968. Analytical philosophy of history. London: The Cambridge University Press.
Dray, W.H. 1964. Philosophy of history. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Fain,H. 1970. Between philosophy and history. Princeton. New Jersey: Princeton University Press. Muhd.YusofIbrahim. 1991. Aspek dan perkembangan falsafah sejarah dunia Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu sejarah: falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

ME2733 Pengantar Arkeologi
Kursus ini memberikan gambaran awal tentang disiplin arkeologi secara urnum. Perbincangan akan menumpukan kepada sejarah perkembangan disiplin ini, aliran-aliran, kaedah-kaedah penyelidikan, permasalahan utama, pengenalan kepada sub-sub disiplin arkeologi dan konsepnya sebagai'penyelidikan multi-disiplin. lanya juga menyentuh aspek arkeologi dan kerjaya, arkeologi dan media, serta arkeologi dan masyarakat.

Bacaan Asas
Chang Kwan Chih. 1967. Rethinking archaeology. New York: Random House.
Clarke, D. L. 1972. Models in archaeology. New York: Methuen.
Coles, J. 1980. Experimental archaeology. New York: Academic Press.
Daniel, G. 1967. The origins and growth of archaeology. Harmondsworth: Penguin.
Trigger, B. G. 1989. A history of archaeological thought. Cambridge: University Press.

 

ME2743 Pengantar Sejarah Lisan dan Dokumentasi
Kursus ini membincangkan teori dan kaedah asas dalam sejarah lisan dan teknik serta penggunaan dokumen. Aspek berkaitan penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah merangkumi testimoni, sumber kata-dengar dan tradisi lisan dibicarakan. Masalah ketulenan dan kredibiliti teknik sejarah lisan dan peri pentingnya kajian sejarah Malaysia turut diberi tumpuan. Kursus ini juga membincangkan teknik menganalisis teks dan manuskrip pilihan.

Bacaan Asas
Hooper, James. 1979. Oral history: an introduction for students. North Carolina: University of North Carolina Press.
Shellabear, W. G. (pnyt.). 1967. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Thompson, P. 1978. The voice of the past. London: Oxford University Press.
Trimo, Soejono. 1992. Pengantar ilmu dokumentasi. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.
Vansina, J. 1965. Oral tradition, a study in historical methodology. London: Routledge and Kegan Paul.

 

ME2753 Peradaban Dunia II
Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Peradaban Dunia I. Penumpuan perbincangan mencakupi jangka masa abad ke 16 hingga abad ke-20. Penekanan diberikan kepada perluasan pengaruh intelektual, teknologi serta politik Eropah dan reaksi pihak lain terhadapnya. Topik-topik yang dibicarakan ialah pembangunan negara-negara dinasti dan birokrasi moden, perluasan ekonomi Eropah yang diiringi oleh perang perdagangan; pengembangan empayar dan perdagangan hamba abdi; perkembangan dan reaksi penduduk Amerika, Asia dan Afrika terhadap imperialisme; pertumbuhan dan keruntuhan kolonialisme; dan peningkatan perseteruan antara corak kesetiaan dan kewibawaan tradisional dengan sistem serta budaya nasional, rantau dan dunia menjelang abad ke-21.

Bacaan Asas
Chaudhuri, K. N. 1990. Asia before Europe: economy and civilisation of the Indian Ocean from the rise of Islam to 1750. Cambridge: Cambridge University Press.
Eisenstadt, S. N. (pnyt.). 1967. The decline of empires. Engelwood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Hourani, Albert. 1991. A history of the Arab peoples. New York: Wamer.
Kennedy, P. 1987. The rise and fall of the great powers. New York: Vintage.
Okoye, Mokwugo. 1978. The growth of nations. Enugu, Nigeria: Fourth Dimension.

 

ME3003 Kertas Projek
Satu jam daripada pertemuan mingguan bagi kursus ini akan dikendalikan secara seminar yang ditumpukan kepada taklimat dan perbincangan mengenai teknik-teknik formal yang berkaitan dengan cara-cara penyelidikan, pentafsiran, kaedah kajian dan ciri-ciri penulisan kertas projek. Manakala dua jam yang selebihnya akan ditumpukan kepada perundingan para pelajar.

Bacaan Asas
UKM. 1999. Panduan menulis tesis gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.

 

ME3006 Latihan llmiah
Satu jam daripada pertemuan mingguan bagi kursus ini akan dikendalikan secara seminar yang ditumpukan kepada perkuliahan dan perbincangan mengenai masalah-masalah khusus yang timbul daripada hasil-hasil penyelidikan mahasiswa. Para mahasiswa akan diajar tentang kaedah menulis tesis secara konvensyenal, di samping memberi pendedahan kepada teknik-teknik ilmiah dalam penyelidikan, pentafsiran, penganalisaan dan perumusan dan juga bentuk penulisan yang bermutu. Dua jam yang selebihnya akan dikhaskan kepada perundingan dengan penyelia berhubung masalah-masalah berbangkit semasa proses penyelidikan dan penulisan tesis. Kursus ini berlangsung sepanjang dua semester.

Bacaan Asas

UKM. 1999. Panduan menulis tesis gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.

 


KURSUS MODUL SEJARAH MALAYSIA


ME2313 Peradaban Malaysia
Kursus ini membincangkan perkembangan peradaban Malaysia dalam tempoh pra-Melaka. Pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu dan kaitannya dengan tradisi-tradisi besar dunia turut dibicarakan. Perbincangan turut menyentuh ciri perekonomian dan perdagangan maritim.

Bacaan Asas
Nik Hassan Nik Suhaimi Abdul Rahman. (pnyt.). 1998. Early Malaysia. Singapore: Archipelago Press.
Wheatley, Paul. 1968. The golden Khersonese. Kuala Lumpur: University Malaya Press.
Smith, R. B. & Watson, W. 1979. Early South East Asia: essay in archaeology, history and historical geography. New York: Oxford University Press.
Wells, J. K. & Villiers, J. 1990. The Southeast Asia: port and polity. Singapore: University Press.
Winstedt, R. 1980. The Malays, a cultural history. Revised Edition. London: Routledge and Kegan Paul Ltd.

 

ME2123 Sejarah Kesultanan Melayu
Kursus ini membincangkan aspek kesinambungan dalam peradaban Melayu dari zaman Kesultanan Melaka sehingga abad ke 20. Antara aspek yang dibincangkan termasuklah kewujudan beberapa kesultanan seperti Kedah, Melaka/Johor-Riau, Patani, Brunai dan kepentingan Selat Melaka sebagai jalan perdagangan di rantau ini. Kesan kedatangan Barat sebelum dan selepas perjanjian Inggeris Belanda 1824 turut dibicarakan.

Bacaan Asas
Andaya, L.Y. 1987'. Kerajaan Johor 1641-1728. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hooker, V. M. 1991. Tuhfat al-Nafis: sejarah Melayu Islam. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Milner, A. C. 1982. Kerajaan: Malay political culture on the eve of colonial rule. Tucson: The University of Arizona Press.
Reid, Anthony. 1988. Southeast Asian in the age of commerce 1450-1680. Vol. 1. New Haven: Yale University Press.
Sharom Ahmat. 1984. Kedah: traditional and change in a Malay state: a study of the economic and political development 1878-1923. Monograph No. 12. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

 

ME3213 Sejarah Malaysia: Kolonialisme dan Imperialisme
Kursus ini membincangkan kedatangan dan proses kolonialisasi serta kemasukan Malaysia ke bawah kawalan kuasa-kuasa asing. Tumpuan perbincangan bermula dari kejatuhan Melaka kepada Portugis, diikuti oleh Belanda, penaklukan Siam ke atas Negeri-Negeri Melayu Utara, perkembangan imperialisme dan pentadbiran British, pendudukan Jepun serta proses dekolonialisasi.

Bacaan Asas
Cheah Boon Kheng & Abu Talib Ahmad. (pnyt.). 1990. Kolonialisme di Malaysia dan negara-negara lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Emerson, R. 1937. Malaysia: a study direct and indirect rule. New York: MacMillan.
Kratoska, P. H. 1997. The Japanese occupation of Malaya: a social and economic history. London: Hurst.
Sandhu, K. S &Wheatley, P. W. (pnyt.). 1983. Melaka, transformation of a Malay capital 1400-1980. Vol.1. Petaling Jaya: Oxford University Press.
Wright, L. R. 1970. The origins of British Borneo. Hong Kong: Hong Kong University Press.

 

ME3223 Sejarah Kemasyarakatan Malaysia
Kursus ini mengkaji proses pembentukan dan perkembangan masyarakat Malaysia sejak kurun ke-16 sehingga kini. Antara perkara-perkara pokok yang dibincangkan ialah asas-asas ekonomi dan kemasyarakatan pribumi tradisional, kedatangan kuasa-kuasa barat dan kesan-kesan ke atas masyarakat pribumi, perkembangan ekonomi kapitalisme, aspek penghijrahan dan migrasi, pembentukan masyarakat majmuk dan masalah-masalah integrasi nasional.

Bacaan Asas
Andaya, B. W. & Andaya, L. Y. 1983. Sejarah Malaysia. Terj. Kuala Lumpur: MacMillan.
Gullick, J. M. 1978. Sistem politik bumiputra Tanah Melayu barat. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jagjit Singh Sidhu. 1980. Administration in the federated Malay states 1896-1920. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Jawatankuasa Kolokium. (pnyt.). 1991. Masyarakat Melayu abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Kay Kim. 1978. The Western Malay states 1850-1873. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

 

ME3233 Sejarah Pembinaan Negara Bangsa Di Malaysia
Kursus ini membincangkan usaha dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan semenjak tahun 1900. Di antara tajuk-tajuk yang akan dikaji ialah kebangkitan-nasionalisme, Pendudukan Jepun, Malayan Union, darurat, perkembangan parti-parti politik, perlembagaan, kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, pembentukan Malaysia dan usaha-usaha integrasi wilayah.

Bacaan Asas
Means, Gordon P. 1985. Malaysian politics, the second generation. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Ghazali Shafie. 1997. Memoir on the formation of Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
Ongkili.J.P. 1985. Nation-building in Malaysia 1946-1974. Singapore: Oxford University Press.
Ratnam, K. J. 1965. Communalism and political process in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Roff,
W. R. 1975. Nasionalisme Melayu. Terj. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

 

ME3243 Sejarah Hubungan Luar Malaysia
Kursus ini menumpukan perhatian terhadap pembentukan dan perjalanan Dasar Luar Malaysia serta interaksi negara ini dengan dunia luar semenjak merdeka (1957). Antara isu-isu yang dibicarakan ialah perhubungan dengan Britain dan negara-negara Komanwel, penglibatan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerantauan dan Perkecualian Asia Tenggara, isu-isu pertahanan dan keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Pelajar didedahkan dengan pendekatan sejarah diplomatik serta latihan menggunakan dokumen.


Bacaan Asas
Abdullah Ahmad. 1987. Tengku Abdul Rahman dan dasar luar Malaysia, 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Mohd Samsudin. 1995. Kajian dasar luar Malaysia: penglibatan pertahanan dan keselamatan negara-negara Komanwel di Malaysia (1957-1971). Bangi: FSKK, UKM.
Ghazali Shafie. 1997. Memoir on the formation of Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
Saravanamuttu, J. 1983. The dilemma of independence: two decades of Malaysia's foreign policy, 1957-1977. PulauPinang: Penerbit USM.
Sodhy,P. 1991. The US-Malaysia nexus. Kuala Lumpur: ISIS, Malaysia.

 

ME3653 Sejarah Ekonomi Pembangunan Malaysia
Kursus ini mengkaji proses transformasi ekonomi pra-kapitalis di Malaysia kepada bentuk ekonomi kapitalis. Tumpuan utama kepada isu-isu berkaitan dengan ekonomi kolonial dan asal-usul keadaan kurang pembangunan, imperialisme ekonomi, pembangunan tidak setara dan dasar nasionalisme ekonomi, perancangan pembangunan dan industrialisasi, liberalisasi dan denasionalisasi serta globalisasi dalam ekonomi Malaysia.


Bacaan Asas
Bowie, Alasdair. 1991. Crossing the industrial divide: state, society, and the politics of economic transformation in Malaysia. New York: Colombia University Press.

 


KURSUS MODUL SEJARAH ASIA

Modul Sejarah Asia ME2763 Peradaban Asia
Kursus ini merupakan latar belakang kepada sejarah pembentukan kerajaan-kerajaan utama di Asia sejak pertumbuhan tamadun-tamadun awal sehinggalah abad ke 10. Skop perbincangan meliputi perkembangan peradaban Hindu, Islam dan Confucian dan meneliti proses perkembangan dan integrasi antara tamadun-tamadun tersebut. Tema-tema yang dibincangkan ialah pembentukan institusi politik, ekonomi, sosial, kemajuan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan perdagangan.

Bacaan Asas
Bames, G. L. 1999. The rise of civilization in East Asia: the archaeology of China, Korea and Japan. New York:
Thomes & Hudson. Chaudhuri, K. N. 1990. Asia before Europe: economy and civilization of the Indian Ocean from the Rise of Islam to 1750. Cambridge: Cambridge University Press.
Jurgi Zaydan. 1978. History ofIslamic civilization. New Delhi: Kitab Bhavan.
Kosambi, D. D. 1990. Ancient India: a history of its culture and civilization. New Delhi: South Asia.
Meskill,J.T. 1973. An introduction to Chinese civilization. Lexington: D. C. Heath.

 

ME2813 Sejarah Asia Tenggara I
Kursus ini membincangkan sejarah Asia Tenggara bermula dari zaman pembentukan kerajaan-kerajaan klasik hingga waktu ketibaan kuasa-kuasa barat. Tumpuan utama diberikan kepada pembentukan, perkembangan dan kemerosotan pemerintahan tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat. Aspek-aspek kemasyarakatan, bentuk kepercayaan dan budaya tradisional serta kesan pengaruh luar turut ditelaah.

Bacaan Asas
Chandler, D. P. 1984. History of Cambodia. Boulder: Westview Press.
Coedes, G. 1966. The making of Southeast Asia. London: Routledge and Kegan Paul.
Devillers, P. 1988. Sejarah Indo-China moden: perkembangan sosio- politik hingga abad ke-20. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Groslier, B. P. 1970. Indochina. Terj. London: Barrie and Jenkins.
Smith, R. B. & Watson, W. (pnyt.). 1979. Early South East Asia. New York: Oxford University Press.
Wolters, 0. W. 1982. History, culture and religion in Southeast Asian perspectives. Singapore: ISEAS.

 

ME3813 Sejarah Asia Tenggara II
Kursus ini akan membincangkan sejarah Asia Tenggara bermula dengan kedatangan barat pada abad ke-16 sehingga kemerdekaan. Tumpuan akan diberi kepada kesan pertembungan di antara kuasa-kuasa barat dengan kuasa-kuasa tempatan terutama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Kemasukan Jepun, kemunculan semangat kebangsaan dan kemerdekaan serta usaha-usaha pembangunan negara bangsa juga akan disentuh.

Bacaan Asas
Steinberg, D. J. 1971. In search of Southeast Asia: a modern history. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Kahin, G. M. 1964. Government and politics of Southeast Asia. Ithaca: Comell University Press.
Christie, C. J. 1996. A modern history of Southeast Asia. London: I. B. Tauris Publsihers.
Bastin, J. & Benda, H. S. 1968. A history of modern Southeast Asia: colonialism, nationalism and decolonialism. Kuala Lumpur: Federal Publication.
Reid, A. 1988. Southeast Asian in the age of commerce 1450-1680. Vol. I: The lands below the winds. New Haven: Yale University Press.

ME3823 Sejarah AsiaTimur I
Kursus ini membincangkan perkembangan politik dan sosio-ekonomi Asia Timur sebelum zaman moden. Penelitian bermula dari zaman kemunculan kerajaan kemaharajaan awal di China, kebangkitan pemerintahan Shogun di Jepun dan zaman-zamari Empayar Yi, Tiga Kerajaan dan dinasti Koryo di Korea. Tema-tema utama yang dihuraikan ialah sistem-sistem kepercayaan dan ekonomi, bentuk-bentuk budaya, masyarakat dan kerajaan serta tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa yang mempunyai kesan besar dan berpanjangan dalam peradaban Asia Timur.

Bacaan Asas
Creel, H.G. 1970. The origins of statecraft in China. Chicago: University of Chicago Press.
Duus, P. 1975. Feudalism in Japan. 2nd Ed. New York: Alfred A. Knopf.
Ebrey, P. B. (pnyt.). 1981. Chinese civilization and society: a sourcebook. New York: The Free Press.
Lee, P. H. (pnyt.). 1993. Sourcebook of Korean civilisation. Vol. 1: From early times to the sixteenth century. New York: Columbia University Press.
Schirokauer, Conrad. 1989. A brief history of Chinese and Japanese civilizations. 2nd Ed. San Diego: Harcourt Brace Jovanovich.

 

ME3833 Sejarah AsiaTimur II
Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Sejarah Asia Timur I. Penumpuan perbincangan adalah ke atas China, Jepun dan Korea selepas hegemoni barat, sehinggalah 1990-an. Fokus kursus adalah mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya China-Jepun dan Korea. Antara tema-tema yang ditekankan ialah ciri-ciri modenisasi masyarakat, imperialisme, kolonialisme dan nasionalisme serta pembangunan ekonomi perindustrian di negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Kedua.

Bacaan Asas
Clyde, P. H. & Beers. 1975. The Far East: a history of Western impact and Eastern response, 1830-1973. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Fairbank, J. K., Reischauer, E. 0. & Craig, A. M. 1973. East Asia: tradition and transformation. Boston: Houghton Mifflin. Fallows, J. 1995. Looking at the sun: the rise of the new East Asian economic and political system. New York: Vintage.
Hoffheinz, Jr. R. & Calder, K. E. 1982. The East Asia edge. New York: Basic Book.
Hugh, H. (pnyt.). 1988. Achieving industrialization in East Asia. Cambridge: Cambridge University Press.

 

ME3843 Sejarah Asia Selatan
Kursus ini membincangkan keadaan politik dan sosio-ekonomi di Asia Selatan sejak abad ke tujuh hingga zaman selepas merdeka. Antara negara-negara yang dikaji adalah India, Pakistan dan Bangladesh. Tema-tema yang dibincangkan ialah perkembangan kebudayaan India sebelum dan selepas Islam, kedatangan pengaruh Barat, nasionalisme, gerakan pemisahan dan kemerdekaan serta pembangunan ekonomi dan politik selepas kemerdekaan.

Bacaan Asas
Basham, A. L. 1988. The wonder that was India. London: Sidgwick and Jackson.
Brown, J. M. 1990. Modern India: .the origins of an Asian democracy. Oxford: Oxford University Press.
Moore, R. 1979. Tradition and politics in South Asia. New Delhi: Vikas Publishing.
Norman, Omar. 1990. Pakistan: political and economic history since 1947. London: Kegan Paul International.
Stein, Burton. 1998. A history of India. London: Blackwell Publication.

 

ME3783 Sejarah Asia Barat
Kursus ini akan membincangkan perkembangan masyarakat di Asia Barat sebelum dan selepas kedatangan Islam. Tumpuan kajian ialah bagaimana peranan Islam dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat Arab di pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, politik dan pentadbiran serta kesenian. Proses pengaliran tamadun Islam ke barat juga akan ditekankan.

Bacaan Asas
Arnold, T.W. 1965. Caliphate. London: Routledge and Kegan Paul.
Brokelman.C. 1960. History of the Islamic people. New York: Capricon.
Hitti, K.P.I 970. History of the Arabs. New York: St. Martins Press.
Lewis, B. 1950. The Arab in history. London: Hutchinson University Library.
Shaban, M. A. 1970. Abbasid revolution. Cambridge: Cambridge University Press.

 

ME3773 Pensejarahan Asia
Kursus ini akan membincangkan perkembangan perisejarahan Asia dari awal kurun ke 18 hingga kurun ke 20. Kursus ini akan membekalkan satu gambaran luas kepada para pelajar mengenai evolusi pensejarahan di India, China, dan Jepun. Perhatian penting juga akan diberikan kepada Asia Tenggara yang memiliki pensejarahannya yang tersendiri. Antara tema yang akan dibincangkan dalam kursus ini ialah sumber sejarah, kaedah penulisan sejarah dan permasalahan penzamanan dan pendekatan.

Bacaan Asas
Bentley, M. (pnyt.) 1997. Companion to historiography. London: Routledge.
Cowan, C. D. (pnyt.) 1995. Southeast Asian history and historiography. Ithaca: Comell University Press.
DanMarr,D. (pnyt.). 1979. Perceptions of the past in Southeast Asia. Kuala Lumpur: Heinemann.
Gaur, A. 1979. Writing materials of the East. London: The British Library.
Majumdar, R. C. 1979. India and Southeast Asia. Delhi: B. R. Publishing.
Woolf, D. R. (pnyt.). 1998. Global encyclopedia of historical writing. Vol. 1 & 11. New York: Garland.

 


KURSUS MODUL ARKEOLOGI


ME2913 Latihan Amali Arkeologi
Kursus ini menekankan tentang latihan amali di tapak arkeologi, di muzium dan di makmal arkeologi. Di lapangan, pelajar-pelajar dilatih dalam kerja-kerja membuat peta, survei, menyediakan petak percubaan, diikuti dengan menggali petak percubaan tersebut. Semasa galicari dijalankan, pelajar-pelajar akan membuat catatan dan membasuh artifak. Di muzium, pelajar-pelajar didedahkan kepada kaedah merekod dan menyimpan artifak manakala di makmal arkeologi, pelajar dikehendaki menganalisa dan menulis laporan.

Bacaan Asas
Aviram, Joseph, (pnyt.). 1996. Archaeology's publication problem. New York: Biblical Archaeology Society.
Dorrell, Peter G. 1995. Photography in archaeology and conservation. Cambridge: Cambridge University Press.
Kingery, W. David, (pnyt.). 1998. Learning from things: method and theory of material culture studies. Washington: Smithsonian Institution Press.
May, Katherine. 1998. Imaging the ancient. Michigan: University of Pennsylvania Musuem Babylonian.
Vitelli, Karen D. (pnyt.). 1996. Archaeological ethics. Washington: Altamira Press.

 

ME2923 Teori dan Interpretasi Arkeologi
Kursus ini mendedahkan para pelajar dengan aspek teori dan amali dalam perancangan dan perlaksanaan projek galicari arkeologi. lanya menyentuh aspek tinjauan primer dan sekunder, teknik galicari, pemetaan, ilustrasi, fotografi, analisis data dan penghasilan laporan.

Bacaan Asas
Alexander, J. 1970. The directing of archaeological excavations. London: John Baker.
Barker, P. 1972. Techniques of archaeological excavation. London: B. T. Batsford.
Grinsell, L. 1974. The preparation of archaeological reports. London: MacMillan.
Joukowsky, M. 1980. A complete manual of field archaeology. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. Lamberg-
Karlovsky, C. C. (pnyt.). 1991. Archaeological thought in America. Cambridge: Cambridge University Press.

 

ME3913 Pengenalan Arkeologi Maritim
Kursus ini memperkenalkan sub-disiplin arkeologi maritim dari segi definisi serta perbandingannya dengan arkeologi daratan dan subdisiplin lain seumpama dengannya. Perkembangan arkeologi maritim dan bidang yang berkaitan dengan teori, praktik dan potensinya turut dibincangkan. Peranan sumber-sumber dalam arkeologi maritim yang merangkumi peninggalan fizikal, landskap dan budaya sebagai alat interpretasi juga diketengahkan. Aspek perundangan dan etika juga akan disentuh secara urnum melalui kajian kes dan isu.

Bacaan Asas
Bass,G. 1966. Archaeology underwater. London: Thames and Hudson.
Dean, M. dll. (pnyt.). 1992. Archaeology underwater, the NAS guide to principles and practise. London: Nautical Archaeology Society.
Greenhill, Basil & Morrision, J. (pnyt.). 1996. Archaeology of boats and ships. Washington: Naval Institute Press.
Muckelroy, K. 1978. Maritime archaeology. Cambridge: Cambridge University Press.
Unesco. 1972. Underwater archaeology: a nascent discipline. Paris: UNESCO.

 

ME3923 Pengurusan Sumber Budaya
Kursus ini membincangkan objektif, latar belakang undang-undang, masalah operasi dan etika dalam pengurusan warisan prasejarah dan sejarah. lanya akan menyentuh aspek perancangan, perlaksanaan, pemuliharaan, penyelamatan, pengkomersialan budaya dan industri arkeo-pelancongan. Perbandingan pengurusan juga akan di buat antara negara-negara di Asia Tenggara dan Amerika Syarikat.

Bacaan Asas
Cleere, H. (pnyt.). 1984. Approaches to the archaeological heritage: a comparative study of world cultural resourse management systems. Cambridge: Cambridge University Press.
Harrison, R. (pnyt.). 1995. Manual of heritage management. Butterworth: Butterworth-Heinemann.
Hutt, S., Jones, E. W. & McAllister, M. E. (pnyt.). 1995. Archeological resource protection. Washington: Altamira Press.
Hunter, J. & Ralston, I. (pnyt.). 1997. Archaeological resource management in the UK: an introduction. London: Sutton Publishing.
Kerber, J. E. (pnyt.). 1994. Cultural resource management. Washington: Bergin & Garvey.

 

ME3933 Arkeologi Malaysia
Kursus ini membicarakan tentang perkembangan zaman prasejarah dan protosejarah di Malaysia. Pelbagai aspek arkeologi akan diketengahkan seperti sejarah penyelidikan, kegiatan penyelidikan, tokoh yang terlibat, jumpaan terbaru dan kesannya ke atas perkembangan kebudayaan di Malaysia.

Bacaan Asas
Adi Hj. Taha. 1985. The re-excavation of the rockshelter of Gua Cha, Ulu Kelantan, West Malaysia. Federal Museum Journal. Vol. 30.
Bellwood, P. 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago. Revised edition. Honolulu: University of Hawaii Press.
Dunn, F. L. 1975. Rainforest collectors and traders. MBRAS Monograph No. 5.
Smith, R. B. & Watson, W. (pnyt.). 1979. Early South East Asia. New York: Oxford University Press.
Zuraina Majid, 1982. The West Mouth, Niah in the prehistory of Southeast Asia. Sarawak Museum Journal. Vol. 31. Special Issue No. 3.

 

ME3943 Arkeologi AsiaTenggara
Kursus ini membincangkan perkembangan budaya prasejarah dan proto sejarah di Asia Tenggara. Masalah dan pendekatan dalam kajian prasejarah dan proto sejarah turut dibincangkan. Kegiatan penyelidikan arkeologi terkini diketengahkan untuk mendapatkan gambaran terbaharu tentang perkembangan arkeologi di Asia Tenggara.

Bacaan Asas
Bellwood, P. 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago. Revised edition. Honolulu: University of Hawaii Press.
Coedes,G. 1970. The Indianized states of Southeast Asia. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Glover, I., Suchitta, P. dan Villiers, J. (pnyt.). 1992. Early metallurgy, trade and urban, centres in Thailand and Southeast Asia. Bangkok: White Lotus.
Higham. C. 1989. The archaeology of mainland Southeast Asia. Cambridge: Cambridge University Press.
Higham. C. 1996. The bronze age of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge University Press.

 

ME3953 Arkeologi Tamadun-Tamadun Agung
Kursus ini mengkaji perkembangan tamadun dan budaya di beberapa buah kawasan seperti Timur Tengah, Eropah atau Amerika Selatan. Antara tamadun yang akan dikaji ialah Maya, Aztec, Mesir, Harappa, Babylon dan sebagainya. Penyelidikan arkeologi terbaru dan jumpaan terkini turut dibincangkan.

Bacaan Asas
Bruhns, K. 0. 1994. Ancient South America. Cambridge: Cambridge University Press.
Enrich, R.W. (pnyt.). 1992. Chronologies in old world archaeology. Vol. 3th Ed.Chicago: University of Chicago Press.
Insoll, T. 1999. The archaeology of Islam. New York: Blackwell Publishing.
Shaw, T., Sinclair, P., Andah, B. & Okpoko, A. (pnyt.). 1993. The archaeology of Africa. New York: Routledge.
Midant-Reynes&Midant-Reynes,B.(pnyt.). 1999. Prehistory of Egypt: from the first Egypt. New York: Blackwell Publisher.
Shaw, Stanford. 1976. History of Ottoman empire 1280-1808. London: Cambridge University Press.
Spuler, Bertold. 1971. The Muslim world: a historical survey. 2nd Ed. New Jersey: Humanities.


KURSUS ELEKTIF


ME3873 Sejarah Eropah
Kursus ini membincangkan sejarah Eropah dari zaman Penengahan sehingga berakhimya orde Perang Dingin. Antara tema penting yang dihuraikan ialah reformasi dan pergelutan agama, pembinaan negara-bangsa, revolusi industri, penjajahan dan kolonialisasi Eropah, kebangkitan Prussia dan Rusia, Revolusi Perancis, Perang Dunia I dan II, serta Perang Dingin. Turut dibincangkan transformasi struktur politik, ekonomi dan sosial Eropah selepas kejatuhan Komunisme.

Bacaan Asas
Chambers, M. 1995. The Western experience: from the renaissance to the modern era. New York: McGraw Hill.
Dupra, G., Parker, N. dan Rieu, A-M. (pnyt.). 1995. European democratic culture. London: Routledge.
Gowland,D.A.,OiNell,B.C.&Reid,A.L.(pnyt.). 1995. The European mosaic: contemporary politics, economics, and culture. London: Longman.
Kennedy, P. 1994. Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar: perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Qasim Ahmad. 1997. Eropah moden: arus sosiopolitik dan pemerintahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

ME3853 Sejarah Amerika Syarikat
Kursus ini mengkaji sejarah pembentukan dan perkembangan Amerika Syarikat dari sebuah koloni menjadi sebuah kuasa besar dunia. Aspek yang ditekankan merangkumi politik, perlembagaan, perang, sosial dan ekonomi. Isu lain yang turut dikaji ialah masalah perkauman, perubahan dasar diplomasi serta pengaruh dalam dunia antarabangsa.

Bacaan Asas
Bums, J. M. 1963. Roosevelt: the lion and the fox. New York: Harcourt Brace and World.
Evana, Harold. 1998. The American century. New York: Alfred A. Knopf.
Leuchtenburg, W. E. 1968. The New Deal: a documentary history. New York: Harper Torchbooks.
Link, Athur S. 1963. Woodrow Wilson and the progressive era. New York: Harper Torchbooks.
Plesur, Wilton, (pnyt.). 1969. The 1920's: problems and paradoxes. Boston: Allyn and Bacon.


Atas / Kursus / Taburan Kursus / Laman Utama