PROGRAM PENGAJIAN DI JABATAN SEJARAH, UKMalaysia


Program Pengajian Peringkat Prasiswazah Pengenalan Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di Jabatan Sejarah adalah mencakupi Sejarah Ekonomi, Sosial, Politik, Pentadbiran, Arkeologi, Kebudayaan, Islam dan Hubungan Antarabangsa. Sebahagian besar daripada bidang tersebut adalah difokuskan kepada Malaysia dan Asia Tenggara. Namun begitu, Jabatan Sejarah juga turut memberi perhatian kepada Sejarah Asia Barat, Asia Selatan, Asia Timur, Sejarah Dunia dan Sejarah Eropah khususnya di peringkat pra-siswazah.

Di samping itu, Jabatan Sejarah juga turut menawarkan program pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Dalam menawarkan bidang-bidang pengajian tersebut, Jabatan Sejarah memberi perhatian yang serius kepada aspek kemahiran dan penguasaan pengetahuan di kalangan para pelajamya. Kursus-kursus yang ada sedang dibaiki berasaskan kepada prinsip transferability dari segi kemahiran dan pengetahuan supaya setiap pelajar akan dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan tersebut apabila mengikuti kursus-kursus di Jabatan lain, ataupun mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu setelah mereka berada dalam bidang profesion masing-masing. Sebagai salah sebuah jabatan terawal yang wujud seiring dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, ketrampilan dan kekuatan yang dimiliki oleh Jabatan Sejarah terserlah dalam tiga bidang utama iaitu Kajian Sejarah Malaysia, Sejarah Lisan dan Arkeologi.

Pengajian Sejarah Malaysia dianggap mantap berlandaskan keupayaan jabatan menyediakan tenaga pengajar yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. la merangkumi kepakaran dari segi tema pengajian dan juga periodisasi. Kursus-kursus Sejarah Malaysia yang ditawarkan meliputi tema-tema penting seperti Sejarah Politik dan Pentadbiran, Historiografi, Sejarah Ekonomi dan Sejarah Dasar Luar. Dari aspek periodisasi pula, kursus-kursus yang ditawarkan mencakupi zaman pra-sejarah hinggalah kepada permasalahan semasa.

Dalam bidang Sejarah Lisan pula, jabatan ini merupakan salah sebuah jabatan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan. Bagi memenuhi keperluan kursus ini, sebuah makmal diperuntukkan khas dengan kemudahan komputer dan kelengkapan audio video bagi membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran dengan berkesan. Pelajar-pelajar juga dilatih secara praktikal bagi membolehkan objektif pengenalan kursus ini tercapai. Bidang arkeologi juga menyeriahkan ketrampilan Jabatan Sejarah kerana keupayaan kakitangan kademik jabatan ini menjalankan penyelidikan secara berterusan bagi menghasilkan penemuan-penemuan baru.

Jabatan juga sentiasa menjadi rujukan pihak luar yang terlibat dalam bidang ini dengan adanya pakar-pakar arkeologi yang terkenal di samping pelbagai tawaran untuk menjalankan penyelidikan secara usahasama termasuk di luar negeri. Jabatan juga mempunyai makmal arkeologi untuk memudahkan kakitangan dan pelajar-pelajar menjalankan penyelidikan dengan baik dan ini membolehkan jabatan ini mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.

Kecemerlangan Jabatan Sejarah dalam bidang-bidang berkenaan meletakkan jabatan ini sebagai salah sebuah jabatan yang dikenali oleh pelbagai pihak sama ada di dalam atau luar negeri yang sekaligus membantu mengharumkan nama universiti khususnya dan negara amnya.

Jabatan Sejarah menawarkan pengajian di peringkat Pascasiswazah dan Prasiswazah.


Atas / Program Prasiswazah / Program Pascasiswazah / Laman Utama